Wednesday, 29 October 2014

Langkah pemuda yang sebenar

segala puji bagi allah .selawat dan salam buat junjungan kita,muhammad saw ,kaum keluarga,para sahabat dan mereka yang mengikuti baginada.
alhamdulillah berkesempatan untuk melakar satu kalam tarbawi buat pemuda-pemuda yang siap untuk menjadi tenteranya allah di muka bumi ini.

Wahai pemuda,
kewajipan kamu sangat banyak,tanggungjawab yang dipikul sangat berat,amanah yang kamu pikul perlu ditunaikan,cabaran yang kamu hadapi bukannya mudah.
kamu perlu berfikir masak-masak,kamu perlu berusaha lebih,kamu perlu menentukan pendirian kamu,kamu perlu mara kehadapan sebagai penyelamat,dan kamu perlu tunaikan hak ummah.

wahai pemuda,
ada kalangan kita yang hidup dengan kemewahan
ada kalangan kita yang hidup dengan persekitaran yang aman
ada kalangan kita yang hidupnya hanya mencari ilmu
ada kalangan kita yang hidupnya hanya untuk menyara kehidupan

semua itu betul wahai pemuda...tetapi adakah itu sahaja ? ?....rugilah usiamu yang semakin ditelan zaman.
para pemuda memerlukan hati yang bersih,jiwa yang suci,keinginan yang kuat,keazaman yang membara.barulah gagasan yang dibawa dipenuhi dengan rahsia kejayaan yang suci.

wahai pemuda,bahawa tanah air kita sedang menghadapi ancaman dan gugatan yang berterusan dari segenap penjuru,ideologi liberalisme,pluralisme dan pelbagai pihak yang beraksi sebagai proksi yahudi zionis.Perjuangkanlah hak kedaulatan bangsa dan agama kita atas tanah warisan kita yang dicintai ini.

waspadalah wahai pemuda,
musuh islam akan dibentengi oleh puak islam liberal yang menawarkan janji-janji palsu,seperti kebebasan,kesamarataan,hak asasi manusia,dan akhirnya apabila sudah tertelan umpan...disitulah kumpulan musuh islam melucutkan jati diri umat islam,dan mereka berjaya mengukuhkan kekuasaan.maka disitu orang muda jangan menangis tidak berlagu,kerana hasil kelekaanmu sendiri.

Oleh itu,
wahai pemuda perlu menanamkan kriteria yang terkandung dalam muwasafat tarbiyyah iaitu
1.salim al-aqidah
2.sahih al-ibadah
3.matin ul-khuluq
4.qadirun ala-kasbi
5.mutsaqqaf al-fikri
6.qawiiy al-jismi
7.mujahid li nafsi
8Munazhzhamun Fi Syu'unihi
9. Harishun 'Ala Waqtihi
10. Nafi'un Li Ghairihi

malangnya kepada para pemuda yang mengabaikan ciri-ciri ini,segala yang mereka perjuangkan akan hilang dalam pegangan mereka dan hanya penat dan lelah yang menjadi keringat dalam perjuangan.

Sunday, 12 October 2014

Rehlah Murobbi

Assalamualaikum wbt.

alhamdulillah bersyukur kehadrat allah diberi kesempatan untuk bersama ikhwah dan akhawat yang menjadi ejen ummah untuk mendidik anak bangsa di malaysia yang tercinta.Bersyukur kepada allah kerana diberi peluang untuk mengikuti rehlah  di cameron highland.

Berkumpulnya kita kerna mengasihiMU
bersatunya kita disini kerna ketaatan kepadaMU

puisi ini ikhlas daripada ana sepanjang perjalanan di cameron yang mana perjalanan hidup ini penuh warna alam yang begitu indah seperti perjalanan seorang murobbi.

terimalah......

Fajar menyingsing
hari gelap kian menerang
bulan mulai menghilang
dan pelita langit mulai pergi

pernah kah engkau melihat sebatang pohon rimbun di cameron highland yang pernah menyejukkanmu...
pernahkah engkau berfikir perjuangan pohon itu,
sepanjang perjalanan yang kita lalui ,setiap saat pepohon itu dihempas oleh hujan,embun dan angin dari setiap arah,
hujan badaipun tidak mahu ketinggalan untuk mengujinya,
tapi dia tidak pernah gentar kerna telah mempersiapkan setiap kekuataan dari akarnya.
yakinlah,hidup murobbi adalah perjuangan,perjuangan yang memerlukan kefahaman ,keikhlasan dan pengorbanan.

oh para murobbi
jika hatimu terasa gundah
lihat alam ciptaan tuhanmu (air mengalir,bukit,ladang teh,straberry,kaktus )
jika dirimu mempunyai harta
janganlah bawa hartamu terbang melayang (kecuali ole-ole :bantal,straberry,buah jambu dan lain-lain )
jika hatimu tak lekas cerah
kawalah nafsumu dan bangun dari mimpimu..
kerna teman-teman menanti kehadiranmu....

Sekian....(jangan lupa ole-ole )



Monday, 6 October 2014

Bagaimana sepatutnya seseorang di waktu pagi

Alhamdulillah ,segala puji hanyalah untuk Allah,pemilik semester alam dan segala yang ada di dalamya.Salawat dan salam kepada pemimpin kita,Nabi Muhammad serta para sahabat,tabi'in dan pendokong dakwah di bumi ini.

Ya Allah !,kami memohon daripada engkau ketepatan perkataan dan amal....

Penulisan kali ini,ingin ana kongsikan tentang realiti yang sepatutnya ada pada pemuda masa kini yang berhadapan dengan pelbagai anasir luar yang cuba mengugat jati diri umat islam iaitu persoalan tentang bagaimana sepatutnya seseorang di waktu pagi.

Al-faqih Abu AL-Layth al-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada mujahid berkata :Abdullah bin umar RA memberi nasihat kepadaku:

"Wahai Mujahid !jika kamu di waktu pagi maka jangan berasa akan sampai ke waktu petang,dan jika di waktu petang jangan berasa akan sampai di waktu pagi,dan pengunakan kesempatan hidup sebelum mati,dan sihat sebelum sakit,sebab kamu tidak mengetahui apakah namamu kelak  di hari kemudian."

seorang hakim berkata :seseorang di waktu pagi harus niat 4 perkara
1.menunaikan kewajipan terhadap Allah
2.meninggalkan larangan Allah
3.menyelesaikan dengan orang lain,jika ia ada hubungan dagangan dan sebagainya
4.memperbaiki hubungan dengan lawan-lawannya.

Pendakwah islam yang sebenar,di waktu paginya dia beramal dan berusaha walau di mana jua dia diusir.dia tidak menentukan kecintaan pada mana-mana tanahair,tidak merasa sempit dengan batas sempadan yang dianggap penjajah sebagai sempadan jajahannya.

seorang pendakwah sejati akan berkata :
"tiada bumi yang menyekatnya tiada azab yang menggerunkannya  kecuali azab allah.kami parti allah ,agamanya itulah tanah air kami,kamilah tentera rasul yang telah dipilihnya,segala ujian terasa ringan bagi kami"

Marilah kita muhasabbah diri kita untuk sentiasa memperbaiki diri kita di waktu pagi dan ana berpesan kepada semua yang membaca penulisan ini terutama ana sendiri "iaitu manusia dapat membina kekuatan kebendaan dengan daya akal dan kekuatan deria yang lima,tetapi manusia tidak dapat membina kekuatan roh dan jiwa semata-mata dengan akal dan lima deria yang ada dengan izin dan wahyu allah "


Sahlan bin aji
(Sarjana Muda Pendidikan Islam Tahun 3,UM )

Tuesday, 30 September 2014

SURAT TERBUKA :PARADIGMA RAYA KORBAN

Allaahu akbar,Allahu akbar,Allaahu akhbar.laa ilaaha illallaahu wallaahu akhbar
Allaahu akhbar walillaahil hamd.



Apabila sebut pasal hari raya haji,ramai yang terbayangkan kumpulan jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji di kota mulia Mekah al-mukarramah.Tidak kurang juga yang membayangkan lembu dan kambing yang disembelih untuk korban,lalu menjadikan hampir setiap hari mereka akan menikmati hidangan daging hingga boleh demam dibuatnya.
Selamat hari raya aidiladha saya ucapkan kepada semua SMPI dan selamat dalam perjalanan pulang ke kampung...

hakikatnya ,aidiladha adalah lebih daripada sekadar kerja haji dan korban.Aidiladha adalah sejarah besar mengenai bukti cinta suci dan pengorbanan .Ia adalah cinta suci dan pengorbanan suami isteri malah cinta suci dan pengorbanan hubungan ibu bapa dan anak.

Ya aiyyuhal ikhwah....
saya ingin menyeru kepada semua ....bahawasanya konteks pengorbanan sebagai seorang guru boleh disemai melalui semangat hari raya korban...kita ambil ilmu dan iktibar dari kisah tersebut.

ketahuilah saudaraku....
guru perlu mempertahankan umat melayu dan islam...bahawasanya tanahair bukan menunggu datangnya bala tentera melanggar sempadan negara.hakikatnya ,bangsa yang dijajah adalah bangsa yang kehilangan jati diri,terkonkong aspirasi,terbelenggu  kehendaknya,di bumi sendiri.Bangsa yang terjajah adalah bangsa yang membisu membiarkan kedaulatanya dicabul di depan mata....

Ya muallim,murobbi,muaddib.....
sedarlah ..apabila anak-anak didik kita digula-gulakan dengan slogan berkilau,kebebasan,kesamarataa,tidak cukup dengan itu,mereka mengapungkan pegangan agama,lalu diganti dengan piagam hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat.

Apabila umat islam benar-benar menelan umpan,maka puak -puak musuh islam akan memperkukuhkan kedudukan mencengkam sepenuhnya setiap sendi kekuasaan...

"DI ATAS ROBOHNYA KOTA MELAKA,KITA BANGUNKAN JIWA MERDEKA,
BERSATU PADULAH SEGENAP BAKA,MEMBELA HAK KEADILAN PUSAKA "

(syair al-marhum dr,burhanuddin al-hilmy )


SAHLAN BIN AJI
(YDP SARJANA MUDA PENDIDIKAN  ISLAM)

Wednesday, 9 July 2014

Bingkisan Jihad Di Bumi Palestin

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,Selawat dan dalam buat junjungan kita Muhammad ,ketua Para Mujahidin dan imam Para Mutaqqin, juga para keluarganya,para sahabat dan mereka yang berjuang menegak syariatnya hingga hari akhirat
 
Luangan Takbir didengari
Darah yang mengalir menjadi saksi
Setiap nyawa yang terkorban menjadi bukti
Bulan Ramadhan dicemari
Sang pengganas bak khinzir mati

Ya aiyyuhal ikhwah.....
malu kita dengan allah,atas diri kita ini yang tidak mampu berbuat apa-apa,tangisan kita,perhatian kita,kerisauan kita,bantuan kita tidak cukup untuk membantu mereka....
Sang Pengganas bak khinzir mati bermaharajalela mencabuli ,merobek manusia seperti darcula yang derhagakan darah....
Yang terus mencemari bumi permainan para syuhada.....

KENAPA ORANG ISLAM BERPERANG ? ? ?

وجهدوا في اللة حق جهاده
"Dan berjihadlah kamu pada jalan allah dengan jihad yang sebenar-benarnya "

Menurut Matan Al-Minhaj karangan Imam Nawawi bermazhab Syafie

selepas zaman Rasulullah bergantung kepada kedudukan orang kafir:

Pertama:jika orang kafir berada di negara mereka,jihad adalah fardhu kifayah.jika jihad ini dapat dilaksanakan oleh sebahagian umat islam,yang lain tidak wajib melaksanakan

Kedua :jika orang kafir mencerobohi ke dalam negara kita,penduduknya wajib mempertahankannya dengan segala upaya mereka.


Menurut kitab Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah bermazhab Hanbali jihad akan jadi wajib dalam tiga keadaan :

1.jika dua bala tentera bertembung dan bersemuka,sesiapa yang ada ketika ini diharamkan beredar dan masing-masing wajib menyertainya

2.jika orang kafir menceroboh sesebuah wilayah,seluruh penduduk wilayah itu wajib berperang dan bertahan

3.Apabila pemerintah mengerah kumpulan tertentu,kumpulan itu wajib berjihad.


Itu antara pendapat para fuqaha tentang hukum jihad......

 





Monday, 30 June 2014

Puisi untukmu SMPI :Berlari Menuju Ke Kotamu Sayang


assalamualaikum...

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga ...
Alhamdulillah selesai sudah satu perjalanan yang sungguh panjang di bumi kenyalang....
antara sifat seorang beriman adalah sa'ihun...Pengembara...untuk melihat kehidupan yang mengajar untuk hidup ,supaya hidup para Murobbi lebih dekat dengan kehidupan yang sebenar...

sedikit bait-bait puisi yang dapat dilakar sepanjang perjalanan sebagai Sang Pengambara.....


Berlari ke kotamu sayang
Perjalanan yang panjang,mengetarkan kakiku,
Tetapan kami yang lelah bertukar menjadi keriangan,

Kami terus berlari menuju ke kotamu sayang,
Walaupun kami diuji dengan bom atom yang
memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki,
Kami terus berlari menuju ke kotamu sayang,

Kami terus berlari menuju ke kotamu sayang,
Kelihatan pokok yang rendang
Air laut yang bersirna menerangi sepanjang perjalanan...

Kami terus berlari menuju ke kotamu sayang,
Gua pari-pari dan gua angin telah diredahi,
Gunung santubong telah ditawani....
Teratak sejarah telah dikhatami dan dipelajari...
Yang hanya tinggal kenangan..
Berlari menuju ke kotamu sayang



Monday, 23 June 2014

Ramadhan : Mencari Spirit Yang Hilang

Ramadhan kareem....

assalamualaikum ikhwah wa akhawat yang dirahmati allah sekalian...

Tenang hati dengan berzikir
mengingati allah sebaik amalan
kepadamu allah kupanjatkan syukur
dapat merasai keindahan ramadhan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi ...engkau temukanlah kami di bulan Ramadhan....
Bulan yang dinantikan oleh para ulama dan semestinya kepada para pendakwah di bumi Malaysia yang tercinta.
sesungguhnya kefardhuan puasa telah dihubungkan dengan bulan ramadhan.Apabila disebut ramadhan ,seolah olah anda diingatkan tentang sebuah kebun yang wangi semerbak  yang dilalui para muslim.

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyediakan bulan Ramadhan dengan berbagai kebaikan.jika kita mengetahuinya pasti kita akan mengidamkan agar bulan ramadhan berlaku sepanjang tahun..

Tajuk kali ini mengenai spirit yang hilang....ANTUM LEMAH..???
LEMAH...Badan..
LEMAH..Jiwa
LEMAH...BACA BUKU...

ITU SEMUA  CUBAAN...
BILA masa sesuai untuk charge balik semua ITU..? ?
PASTINYA bulan RAMADHAN....

Para kader dakwah...perlu mengambil peluang ramadhan kali ini untuk charge,balik jiwa dan roh...islam supaya menjadi bekalan pada hari mendatang....
````pengalaman seorang ikhwah...semasa mengulang kaji pelajaran....beliau merasa mengantuk membaca buku...dan apabila membaca kalam buku dakwah ..bersinar kembali seperti terbit fajar....itulah charge bagi pendakwah....begitu juga dengan bulan ramadhan...bulan tahzib jiwa untuk mujahadah nafs...

jangan lupa kepada saudara kita ....
ziarah...
sedekah....
berzakat...
 dan perbanyakkan amalan-amalan sunat....mudah-mudahan ramadhan kali ini dapat mengambalikan semangat yang hilang....

Syahid Hassan Al-Banna:"Andai Islam spt sebuah bngunan yg hampir roboh, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda, aku tidak ingin mengutip dgn ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yg ikhlas utk membantuku mbina kembali bngunan usang itu menjadi sebuah bngunan yg tesergam indah

Ketua Pakej Tarbiyyah Pembina UM
SAHLAN BIN AJI
(TAHUN 2 PENDIDIKAN ISLAM UM)