Persepsi terhadap islam,
Ramai orang cuba memberi gambaran sebenar tentang islam menurut persepsi mereka sendiri.Lebih malang jika persepsi bersifat individu tersebut diperkukuhkan dengan sandaran nas-nas al-quran dan hadis.Memberi gambaran baik tentang islam adalah tidak salah malahan ia satu tuntutan agama,tetapi sering kali gambaran yang diberikan itu bersifat sempit kerana,ia didorong oleh kepentingan tertentu.
Timbulnya,berbagai gambaran dan persepsi tentang islam masa kini sebahagiannya berpunca daripada kesalahan umat islam sendiri.Tindakan ,sikap dan cara berfikir sebahagian umat telah membantu golongan tertentu iaitu bukan islam membuat kesimpulan salah yang sangat negatif terhadap islam.golongan bukan islam merasa untung sekiranya persepsi tentang islam , itu diperoleh dan disandarkan kepada pemikiran,sikap dan tindakan umat islam sendiri.Sebagai contoh peristiwa pengeboman World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dan pengeboman di bali.Hal ini dikaitkan dengan islam sebagai pengganas,dan lebih malang lagi usaha melabel secara negatif tidak dapat dihalang kerana dipengaruhi oleh kecanggihan teknologi sekarang...
Oleh itu tugas pendakwah untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan kebaikan itu wujud dalam islam
"sebab itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan"(al-Maidah,5:48)
No comments:
Post a Comment