Sunday, 16 March 2014

HANYA GERHANA BUKAN TENGGELAM MATAHARI

HANYA GERHANA BUKAN TENGGELAM MATAHARI

assalamualaikum....
ikhwah yang dirahmati allah sekalian,dalam kehidupan seorang pendakwah tidak lari dengan ujian yang diberikan oleh allah kepada hambanya untuk melihat sejauh mana keimanan seseorang hambanya dalam menegakan kalimah allah.Satu perkara yang perlu kita hadapi iaitu kadang-kadang dakwah yang kita lalui akan dihalang oleh pelbagai pihak dan merasa diri kita telah putus asa dalam menghadapi serangan dalam pelbagai pihak.Oleh sebab itu,para pejuang allah perlukan kekuatan semangat,keikhlasan dan pengorbanan supaya halangan yang dihadapi hanya gerhana bukan tenggelam matahari.
demikianlah kehidupan seorang dakwah yang perlu melalui pelbagai dugaan,cabaran untuk menambahkan rasa kecintaan,keikhlasan dalam jalan dakwah.Perlu ingat ikhwah sekalian,Allah yang jamin segalanya untuk dakwah,ketika Allah nak jemaah ini bergerak dengan betul,allah akan bagi ujian yang besar....

No comments:

Post a Comment