Tuesday, 8 April 2014

Syarat Pertama :IKHLAS

assalamualaikum....muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah
siapa itu Allah,manusia sebenarnya terlupa bahawa Allah memiliki segala-galanya yang ada di alam ini,yang memiliki segala yang mereka perlukan untuk kehidupan yang terbaik dan bahagia di muka bumi ini.Tanya sesiap saja,apa yang mereka mahu?bermacam-macamlah kemahuan manusia,tetapi semua itu milik Allah.

Firman Allah
Padahal kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi,tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami
(Al-Munafiqun 63:7)

Apabila amalan itu ditolak ,bermakna manusia itu gagal.Apabila manusia mengharapkan pujian manusia,manusia hanya mampu memberi mereka pujian dan sanjungan.Mereka mungkin berasa seronok atas pujian itu,tetapi sekejap sahaja.Allah boleh memberi mereka lebih daripada setakat pujian itu.Allah menggandakan harta mereka,memelihara mereka daripada bala serta memberi kegembiraan kepada mereka yang tidak mampu diberi oleh manusia.


No comments:

Post a Comment