Thursday, 3 April 2014
Tadhiyyah.....
قال الله تعالئ:انما الموءمنون الذين امنوا بالله ورسوله ثم لميرتابوا وجاهدوا باموالهم وانفسههم فى سبيل الله أولئك هم الصادقون
Maksudnya :Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya ,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah,mereka itulah orang yang benar.(Al-hujurat:15)
Telah diterangkan di dalam al-Quran bagaimanakah bentuk pengorbanan dan jihad yang dikehendaki oleh Allah taala kepada hambanya iaitu pengorbanan di dalam perjuangan yang memerlukan kepada pengorbanan harta benda dan jiwa raga demi Islam.
Apabila disebut berkenaan jihad dan pengorbanan, ini bermaksud kita tidak lari daripada berkorban dan terkorban.
`Dalam kesibukkan kehidupan seharian....ada yang bekerja,ada yang belajar,ada yang mengahabiskan masa dengan aktiviti kegemarannya,ada yang mengisi kehidupannya dengan perkara yang tidak berfaedah....mereka lupa...ada perkara atau kerja yang lebih besar iaitu,kerja memikirkan umat akhir zaman...yang disulami dengan teknologi moden,pemikiran moden....yang ingin menjauhi al-quran dan hadis dalam kehidupan....hal ini yang kita perlu risaukan....berbanding perkara yang tidak perlu kita fikirkan...contohnya....lepak,masalah couple barat...hal yang menyebabkan jauh dari allah.
ikhwah..yang dirahmati Allah....pengorbanan, ana bahagikan kepada 4:
1.pengorbanan diri
iaitu mengunakan semampu mungkin untuk bersipa sedia untuk kerja dakwah....walaupun dicaci,dimalukan,dimaki,dikritik,dipinggirkan....kekuatan hati yang ikhlas mampu menumbangkan halangan ini.Ana banyak belajar daripada ikhwah yang sanggup gunakan masa muda hingga tuannya..untuk kerja dakwah...balik kerja bersama keluarga...apabila anak-anak tidur...pergi usrah...esoknya...mabit bersama ikhwah,..pagi bersembahyang jemaah dengan isteri dan anak...Masyaallah.....keletihan yang membawa kerehatan......
2.pengorbanan harta
harta adalah benda yang disayangi oleh manusia.berapa ramai yang sanggup gunakan hartanya untuk bantu orang miskin,untuk kerja dakwah,untuk umat.....belanja kawan,bantu kawan,hanya untuk dekat dengan allah....
وانفقوا في سبيل الله ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة وأحسنوا ان الله يحب المحسنين
Maksudnya:Dan belanjakanlah (harta benda) kamu di jalan Allah,dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kamu,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-baqarah 195)
3.pengorbanan kepada keluarga terdekat
sebagai seorang daie,perlulah kita menjaga hubungan degan keluarga kita...dan berbakti kepada ibu bapa dan adik beradik yang banyak pengorbanan terhadap kita...hingga kita telah berjaya hingga ke hari ini...
4.berkhidmat kepada masyarakat.
Pengorbanan terhadap sahabat,jiran,masyarakat dan seumpamanya.sepertimana yang telah di jelaskan di dalam Al-Quran:
لاتجد قوما يؤمنون بالله واليوم الآخر يوادون من حاد الله ورسوله ولو كانوا آبائهم أوأبنائهم أو اخوانهم أو عشيرتهم أولئك كتب في قلوبهم الايمان وأيدهم بروح منه ويدخلهم جنات تجري من تحتها الأنهارخالدين فيها رضى الله عنهم ورضوا عنه أولئك حزب الله الا ان حزب الله هم المفلحون
Maksudnya:Kamu akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulNya, sekalipun mereka itu bapa-bapa ,atau anak-anak, atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka mereka itulah yang Allah telah menanamkan keimanan didalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya .Dan dimasukkanNYa mereka ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Allah ridha tehadap mereka dan mereka merasa puas terhadap limpahan rahmatNya mereka itulah golonganAllah. Ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.(al-mujadalah:22).
Kehidupan bermasyarakat juga memerlukan pengorbanan dan tolak ansur.sabda Rasulullah:
لايومن أحدكم حنى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Maksudnya:Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya lebih daripada dia kasih kepada dirinya sendiri.
Manakala jihad juga membawa dua maksud:
Pertama:Perang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam.
Kedua:Penentangan (perlawanan terhadap anasir-anasir yang merosakkan Negara dan lain-lain.Seperti hawa nafsu dan lain-lain.Sebagaimana yang kita ketahui,bahawa jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.(Mujahadatunafs)
Kepentingan berjihad telah diterangkan didalam al-quran.Sebagaimana firman Allah:
لا يستوى القعدون من المؤمنين غير اولى الضرر والمجاهدون فى سبيل الله باموالهم وانفسهم فضل الله
المحاهدين باموالهم وانفسهم على القاعدين درجه وكل وعد الله الحسنى وفضل الله المجهدين على القعدين اجرا عظيما
Maksudnya:”Tidaklah sama keadaan orang –orang yang duduk(tidak turut berperang)dan di kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan yang berjihad(berjuang)pada jalan Allah (untuk membela Islam)dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yg tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur)denagn kelebihan satu darjat.Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu)Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga)dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang keatas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur)dengan pahala yang amat besar”(An-nisa`:95)
Sabda nabi S.A.W.
من مات ولم يغز ولم ينو الغز ومات ميتة جاهلية
“ Barang siapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang ,matilah ia sebagai mati jahiliyyah”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment